::SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHANG BEDENA::BBA 6004:: No.Tel/Fax=03-32241576::EMEL=mk.skpbedena@yahoo.com.my::

Wednesday, April 28, 2010

FIRE DRILL


SABTU, 24 April 2010- Sesi persekolahan bagi pelajar SK Panchang Bedena semakin meriah dengan aktiviti latihan Fire Drill. Latihan ini telah diketuai oleh Cikgu Idris selaku Ketua Unit Keselamatan di bawah HEM. Latihan ini bermula kira-kira pada pukul 9.15 pagi dan berakhir kira-kira pada pukul 10.00 pagi. Latihan ini diadakan pada hari Sabtu iaitu pada hari sekolah ganti. Ini berikutan tidak mahu P&P sesi persekolahan pada hari-hari biasa terganggu. Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang cara-cara menyelamatkan diri sekiranya keadaan kecemasan seperti kebakaran berlaku secara tiba-tiba. Walaupun latihan ini agak ringkas, tetapi ia amat bermanfaat kepada semua pelajar, guru, dan kakitangan sekolah.

Friday, April 23, 2010

HOKI: SKPBEDENA NAIB JOHAN

KHAMIS, 22 APRIL 2010-Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan hoki SK Panchang Bedena kerana telah menjadi naib johan dalam perlawanan hoki setelah tewas terhadap pasukan hoki SK Seri Makmur. Walaupun tanpa jurulatih; Cikgu Azwana, tidak dapat hadir kerana cuti sakit, namun pasukan ini cukup bersemangat dalam perlawanan ini. Dengan diiringi Cikgu Balia dan Cikgu Azlizam, pasukan hoki sekolah ini mampu untuk menewaskan pasukan dari SK Simpang Lima dan SK Seri Mawar sebelum ditewaskan oleh pasukan SK Seri Makmur . Semangat mereka juga telah dibakar oleh
En.Azmi selaku jurulatih no.2 sekolah kami. Terima Kasih Abg Azmi!!!! Walau bagaimanapun, tahniah sekali lagi kepada pasukan hoki tersebut. Kalah dan menang kan adat perlawanan, cuba lagi tahun depan.


ALL D' BEST!!!

Monday, April 5, 2010

KURSUS MEMBINA PORTAL SEKOLAH


ISNIN & SELASA, 5 & 6 APRIL 2010- Satu kursus membina portal sekolah telah diadakan di Pusat Kegiatan Guru Sabak Bernam yang bermula hari ini. Kursus ini dihadiri oleh para guru ICT di sekolah-sekolah daerah Sabak Bernam. Skop kursus ini adalah untuk mendedahkan kepada mereka cara untuk membina portal sekolah yang lebih effisyen. Selaku guru penyelaras ICT, Cikgu Junainah Bt. Alias ditugaskan untuk mengikuti kursus tersebut. All d'best cikgu Jun!!!

HOKI : SKPBEDENA MENANG 1:0

JUMAAT, 2 APRIL 2010-SK Seri Makmur telah mengadakan perlawanan hoki persahabatan antara SK Panchang bedena. Perlawanan tersebut telah berlangsung di padang SK Seri Makmur. Pada mulanya, perlawanan hoki tersebut hendak dibatalkan berikutan hujan lebat pada petang hari tersebut. Tetapi, cuaca menyebelahi kedua-dua pihak apabila hujan telah berhenti satu jam selepas itu.
Dalam perlawanan persahabatan tersebut, SK Panchang Bedena menang 1:0. Syabas diucapkan kepada pasukan SK Panchnag Bedena! Sekalung penghargaan diucapkan kepada Cikgu Azwana Bt. Talha selaku jurulatih pasukan hoki SK Panchang Bedena.

Friday, April 2, 2010

PERTANDINGAN CATUR ANTARA SEKOLAH DAERAH SABAK BERNAM


KHAMIS, 1 APRIL 2010-Satu pertandingan catur telah diadakan antara sekolah-sekolah rendah di daerah Sabak Bernam ini. Pertandingan ini berlangsung di SMK Sungai Besar.