Tuesday, October 18, 2011
Wednesday, July 20, 2011
Sukan Dwi Tahunan SK Panchang Bedena 2011
Friday, June 24, 2011
KARNIVAL PENDIDIKAN 2011
Monday, September 6, 2010
Wednesday, September 1, 2010
MINGGU PUSAT SUMBER SEKOLAH
Sempena Bulan Ramadhan ini, pusat sumber SKPB telah mengadakan satu program bagi mengimarahkan lagi bulan Ramadhan lagi yang mulia ini. Program tersebut berlangsung selama empat hari berturut-turut bermula 23 Ogos hingga 26 Ogos 2010. Program yang bermula pada setiap waktu pertama ini diisi dengan beberapa aktiviti yang berunsurkan islamik. Antara aktiviti yang dijalankan adalah ceramah, bacaan al-Quran, terjemahan surah-surah al-Quran, dan kuiz.
Wednesday, August 11, 2010
Friday, June 4, 2010
Cuti Sekolah Sudah Tiba....

Inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh semua murid seluruh Malaysia; musim cuti sekolah. Tentu banyak aktiviti mereka sepanjang cuti sekolah ini. Ada yang bercuti bersama keluarga dan ada pula yang hanya duduk sahaja di rumah. Walau bagaimanapun, kelas tuisyen SBT bagi pelajar tahap 2 tetap dijalankan. SELAMAT BERCUTI....!!!!
::5 Jun 2010 - 20 Jun 2010::
Wednesday, June 2, 2010
Exam Oh Exam....
Monday, May 31, 2010
Wednesday, April 28, 2010
FIRE DRILL

SABTU, 24 April 2010- Sesi persekolahan bagi pelajar SK Panchang Bedena semakin meriah dengan aktiviti latihan Fire Drill. Latihan ini telah diketuai oleh Cikgu Idris selaku Ketua Unit Keselamatan di bawah HEM. Latihan ini bermula kira-kira pada pukul 9.15 pagi dan berakhir kira-kira pada pukul 10.00 pagi. Latihan ini diadakan pada hari Sabtu iaitu pada hari sekolah ganti. Ini berikutan tidak mahu P&P sesi persekolahan pada hari-hari biasa terganggu. Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang cara-cara menyelamatkan diri sekiranya keadaan kecemasan seperti kebakaran berlaku secara tiba-tiba. Walaupun latihan ini agak ringkas, tetapi ia amat bermanfaat kepada semua pelajar, guru, dan kakitangan sekolah.
Friday, April 23, 2010
HOKI: SKPBEDENA NAIB JOHAN
ALL D' BEST!!!
Monday, April 5, 2010
KURSUS MEMBINA PORTAL SEKOLAH

ISNIN & SELASA, 5 & 6 APRIL 2010- Satu kursus membina portal sekolah telah diadakan di Pusat Kegiatan Guru Sabak Bernam yang bermula hari ini. Kursus ini dihadiri oleh para guru ICT di sekolah-sekolah daerah Sabak Bernam. Skop kursus ini adalah untuk mendedahkan kepada mereka cara untuk membina portal sekolah yang lebih effisyen. Selaku guru penyelaras ICT, Cikgu Junainah Bt. Alias ditugaskan untuk mengikuti kursus tersebut. All d'best cikgu Jun!!!
HOKI : SKPBEDENA MENANG 1:0
JUMAAT, 2 APRIL 2010-SK Seri Makmur telah mengadakan perlawanan hoki persahabatan antara SK Panchang bedena. Perlawanan tersebut telah berlangsung di padang SK Seri Makmur. Pada mulanya, perlawanan hoki tersebut hendak dibatalkan berikutan hujan lebat pada petang hari tersebut. Tetapi, cuaca menyebelahi kedua-dua pihak apabila hujan telah berhenti satu jam selepas itu.Dalam perlawanan persahabatan tersebut, SK Panchang Bedena menang 1:0. Syabas diucapkan kepada pasukan SK Panchnag Bedena! Sekalung penghargaan diucapkan kepada Cikgu Azwana Bt. Talha selaku jurulatih pasukan hoki SK Panchang Bedena.
Friday, April 2, 2010
PERTANDINGAN CATUR ANTARA SEKOLAH DAERAH SABAK BERNAM
Wednesday, March 31, 2010
CERAMAH KESELAMATAN
MOTIVASI KECEMERLANGAN UPSR IBUBAPA DAN GURU
Isnin, 29 Mac 2010.
Satu motivasi kecemerlangan telah diadakan di SK Panchang Bedena. Motivasi ini khas untuk murid-murid tahun 6. Di samping itu, ibu bapa murid-murid ini turut dijemput bagi sama-sama menghayati isi kandungan motivasi ini.

Penceramah bagi motivasi ini adalah Puan Nor Izzah. Beliau merupakan guru kaunseling dari sebuah sekolah di daerah Sabak Bernam ini.
Satu motivasi kecemerlangan telah diadakan di SK Panchang Bedena. Motivasi ini khas untuk murid-murid tahun 6. Di samping itu, ibu bapa murid-murid ini turut dijemput bagi sama-sama menghayati isi kandungan motivasi ini.
Penceramah bagi motivasi ini adalah Puan Nor Izzah. Beliau merupakan guru kaunseling dari sebuah sekolah di daerah Sabak Bernam ini.
Monday, March 8, 2010
Mesyuarat PIBG SK Panchang Bedena
Subscribe to:
Posts (Atom)
















