::SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHANG BEDENA::BBA 6004:: No.Tel/Fax=03-32241576::EMEL=mk.skpbedena@yahoo.com.my::

Monday, September 6, 2010

Wednesday, September 1, 2010

MINGGU PUSAT SUMBER SEKOLAH

Sempena Bulan Ramadhan ini, pusat sumber SKPB telah mengadakan satu program bagi mengimarahkan lagi bulan Ramadhan lagi yang mulia ini. Program tersebut berlangsung selama empat hari berturut-turut bermula 23 Ogos hingga 26 Ogos 2010. Program yang bermula pada setiap waktu pertama ini diisi dengan beberapa aktiviti yang berunsurkan islamik. Antara aktiviti yang dijalankan adalah ceramah, bacaan al-Quran, terjemahan surah-surah al-Quran, dan kuiz.

Wednesday, August 11, 2010

Friday, June 4, 2010

Cuti Sekolah Sudah Tiba....


Inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh semua murid seluruh Malaysia; musim cuti sekolah. Tentu banyak aktiviti mereka sepanjang cuti sekolah ini. Ada yang bercuti bersama keluarga dan ada pula yang hanya duduk sahaja di rumah. Walau bagaimanapun, kelas tuisyen SBT bagi pelajar tahap 2 tetap dijalankan. SELAMAT BERCUTI....!!!!
::5 Jun 2010 - 20 Jun 2010::

Wednesday, June 2, 2010

Exam Oh Exam....



Kepada semua murid SK Panchang Bedena, selamat menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Peperiksaan tersebut bermula pada hari Isnin yang lalu dan akan berakhir pada hari Jumaat ini.

Wahhhh!!! Cuti sakan la murid-murid kita tu nanti ye.....



ALL D'BEST SK PANCHANG BEDENA

Wednesday, April 28, 2010

FIRE DRILL


SABTU, 24 April 2010- Sesi persekolahan bagi pelajar SK Panchang Bedena semakin meriah dengan aktiviti latihan Fire Drill. Latihan ini telah diketuai oleh Cikgu Idris selaku Ketua Unit Keselamatan di bawah HEM. Latihan ini bermula kira-kira pada pukul 9.15 pagi dan berakhir kira-kira pada pukul 10.00 pagi. Latihan ini diadakan pada hari Sabtu iaitu pada hari sekolah ganti. Ini berikutan tidak mahu P&P sesi persekolahan pada hari-hari biasa terganggu. Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang cara-cara menyelamatkan diri sekiranya keadaan kecemasan seperti kebakaran berlaku secara tiba-tiba. Walaupun latihan ini agak ringkas, tetapi ia amat bermanfaat kepada semua pelajar, guru, dan kakitangan sekolah.

Friday, April 23, 2010

HOKI: SKPBEDENA NAIB JOHAN

KHAMIS, 22 APRIL 2010-Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan hoki SK Panchang Bedena kerana telah menjadi naib johan dalam perlawanan hoki setelah tewas terhadap pasukan hoki SK Seri Makmur. Walaupun tanpa jurulatih; Cikgu Azwana, tidak dapat hadir kerana cuti sakit, namun pasukan ini cukup bersemangat dalam perlawanan ini. Dengan diiringi Cikgu Balia dan Cikgu Azlizam, pasukan hoki sekolah ini mampu untuk menewaskan pasukan dari SK Simpang Lima dan SK Seri Mawar sebelum ditewaskan oleh pasukan SK Seri Makmur . Semangat mereka juga telah dibakar oleh
En.Azmi selaku jurulatih no.2 sekolah kami. Terima Kasih Abg Azmi!!!! Walau bagaimanapun, tahniah sekali lagi kepada pasukan hoki tersebut. Kalah dan menang kan adat perlawanan, cuba lagi tahun depan.


ALL D' BEST!!!

Monday, April 5, 2010

KURSUS MEMBINA PORTAL SEKOLAH


ISNIN & SELASA, 5 & 6 APRIL 2010- Satu kursus membina portal sekolah telah diadakan di Pusat Kegiatan Guru Sabak Bernam yang bermula hari ini. Kursus ini dihadiri oleh para guru ICT di sekolah-sekolah daerah Sabak Bernam. Skop kursus ini adalah untuk mendedahkan kepada mereka cara untuk membina portal sekolah yang lebih effisyen. Selaku guru penyelaras ICT, Cikgu Junainah Bt. Alias ditugaskan untuk mengikuti kursus tersebut. All d'best cikgu Jun!!!

HOKI : SKPBEDENA MENANG 1:0

JUMAAT, 2 APRIL 2010-SK Seri Makmur telah mengadakan perlawanan hoki persahabatan antara SK Panchang bedena. Perlawanan tersebut telah berlangsung di padang SK Seri Makmur. Pada mulanya, perlawanan hoki tersebut hendak dibatalkan berikutan hujan lebat pada petang hari tersebut. Tetapi, cuaca menyebelahi kedua-dua pihak apabila hujan telah berhenti satu jam selepas itu.
Dalam perlawanan persahabatan tersebut, SK Panchang Bedena menang 1:0. Syabas diucapkan kepada pasukan SK Panchnag Bedena! Sekalung penghargaan diucapkan kepada Cikgu Azwana Bt. Talha selaku jurulatih pasukan hoki SK Panchang Bedena.

Friday, April 2, 2010

PERTANDINGAN CATUR ANTARA SEKOLAH DAERAH SABAK BERNAM


KHAMIS, 1 APRIL 2010-Satu pertandingan catur telah diadakan antara sekolah-sekolah rendah di daerah Sabak Bernam ini. Pertandingan ini berlangsung di SMK Sungai Besar.

Wednesday, March 31, 2010

CERAMAH KESELAMATAN

Selasa, 30 Mac 2010

Ceramah Keselamatan ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid tentang keselamatan. Skop ceramah ini adalah kesedaran untuk mempertahankan diri sendiri dengan keadaan sekeliling.







MOTIVASI KECEMERLANGAN UPSR IBUBAPA DAN GURU

Isnin, 29 Mac 2010.

Satu motivasi kecemerlangan telah diadakan di SK Panchang Bedena. Motivasi ini khas untuk murid-murid tahun 6. Di samping itu, ibu bapa murid-murid ini turut dijemput bagi sama-sama menghayati isi kandungan motivasi ini.




Penceramah bagi motivasi ini adalah Puan Nor Izzah. Beliau merupakan guru kaunseling dari sebuah sekolah di daerah Sabak Bernam ini.

Monday, March 8, 2010

Mesyuarat PIBG SK Panchang Bedena





Mesyuarat PIBG SK Panchang Bedena telah diadakan pada 6 Mac 2010, bertempat di Dewan Besar SK Panchang Bedena. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Puan Hajah Shamsiah Bt. dato' Haji jamaluddin.

Sambutan Maulidul Rasul 2010

Pada 5 Mac 2010, SK Panchang Bedena telah menganjurkan ceramah sempena Maulidur Rasul. Ceramah tersebut telah disempurnakan oleh Ustaz Haji Ahmadi B. Haji Abas.





Tuesday, February 23, 2010

-LAMBANG-LAMBANG DALAM LENCANA-

BUKU
Semua warga SK Panchang Bedena sentiasa menimba ilmu

GELONG ROTAN
Melambangkan murid bekerjasama, vergas dan aktif dalam bidang Kokurikulum

PADI
Kehidupan ibu bapa yang kebanyakannya petani

JANGKA LUKIS
Murid Kreatif dalam menuniukkan bakat

-WARNA KORPORAT SKPB-

KUNING - Taat setia kepada agama, raja dan Negara
BIRU - Rakyat Bersatupadu
MERAH - Warga SK Panchang Bedena berani menghadapi cabaran

-LENCANA SEKOLAH-


KE ARAH INSAN KAMIL
Huraian Motto:
- Warga SKPB berjanji berusaha bersungguh-sungguh untuk mewujudkan semua warga SKPB yang menuju Ke Arah Insan Kamil dengan merangkumi kebolehan dalam pendidikan, berbudi bahasa dan kebajikan yang saksama.

-MATLAMAT SEKOLAH-

1. Melahirkan anak didik yang serba boleh selaras dengan tuntutan:
  • Agama
  • Ibubapa / penjaga
  • Masyarakat
  • Negara

2. Memastikan pencapaian akademik dan kokurikulum cemerlang:

  • Kelulusan mata pelajaran 80%
  • Kelulusan PKBS / PKSR melebihi 80%
  • Kelulusan UPSR melebihi 80%
  • Kejayaan kokurikulum melampaui sempadan daerah

-FALSAFAH SEKOLAH-

Kecemerlangan dan kegemilangan SKPB adalah berteraskan pada etika kerja BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING. Mengutamakan budaya KERJA BERSAMA-SAMA dan mengelakkan budaya BERTANGGUH-TANGGUH.

-MISI SEKOLAH-

1. Kecemerlangan dan kegemilangan boleh dicapai melalui ketelitian perancangan dan kecekapan pengurusan.
2. Disiplin yang tinggi, jati diri dan keceriaan yang sejati boleh melahirkan insan yang berjaya di dunia dan di akhirat.

-VISI SEKOLAH-

Sekolah Kebangsaan Panchang Bedena akan menjadi sekolah paling cemerlang menjelang tahun 2011.

Wednesday, January 27, 2010

Sekolah ini pernah menggunakan nama-nama.....

1. Sekolah Panchang Bedena
2. Sekolah Melayu Panchang Bedena
3. Sekolah Umum Panchang Bedena
4. Sekolah Kebangsaan Panchang Bedena
( Kekal sehingga sekarang )

Asal usul nama Panchang Bedena

Diriwayatkan,pada suatu ketika beberapa orang nelayan sedang berperahu menuju ke laut.Ketika berkayuh itu tiba-tiba pendayung salah seorang nelayan itu tersangkut pada satu rantai rangkaian tempayan bedena ( harta karun terpendam ) berisi emas.Dalam keadaan terkejut bercampur tamak,nelayan itu bergegas menarik rantai bedena itu dan bercakap takbur bahawa dia pasti menjadi kaya raya.Sikap tamak dan takburnya itu tidak diperkenankan tuhan.Dengan tiba-tiba rantai itu terlepas dari pegangannya dan bedena itu hanyut dan terus lenyap dari pandangannya.Dengan rasa hampa dan kesal,nelayan itu telah memacakkan sebatang buluh sebagai penanda tempat kejadian yang mengharukan itu.Sejak peristiwa itu Kampung Api-Api Muda bertukar nama kepada Kampung Panchang Bedena.