::SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHANG BEDENA::BBA 6004:: No.Tel/Fax=03-32241576::EMEL=mk.skpbedena@yahoo.com.my::

Wednesday, January 27, 2010

Asal usul nama Panchang Bedena

Diriwayatkan,pada suatu ketika beberapa orang nelayan sedang berperahu menuju ke laut.Ketika berkayuh itu tiba-tiba pendayung salah seorang nelayan itu tersangkut pada satu rantai rangkaian tempayan bedena ( harta karun terpendam ) berisi emas.Dalam keadaan terkejut bercampur tamak,nelayan itu bergegas menarik rantai bedena itu dan bercakap takbur bahawa dia pasti menjadi kaya raya.Sikap tamak dan takburnya itu tidak diperkenankan tuhan.Dengan tiba-tiba rantai itu terlepas dari pegangannya dan bedena itu hanyut dan terus lenyap dari pandangannya.Dengan rasa hampa dan kesal,nelayan itu telah memacakkan sebatang buluh sebagai penanda tempat kejadian yang mengharukan itu.Sejak peristiwa itu Kampung Api-Api Muda bertukar nama kepada Kampung Panchang Bedena.